PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA

longlogo.gif (28973 bytes)Mengikut Dasar Belia Negara,belia dikategorikan kepada golongan yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun,di mana golongan belia meliputi 42% daripada jumlah penduduk yang berjumlah 20 juta orang.Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik,ekonomi,kebudayaan dan pendidikan .Memandangkan peranan penting belia dalam pembangunan negara serta sebagai bakal pemimpin negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan.

Pada hakikatnya,Pergerakan Pemuda Malaysia (Y.M.M.) ditubuhkan untuk menyatupadukan tenaga belia melalui perancangan rapi dan kepimpinan secara kolektif.Berdasarkan matlamat ini, Y.M.M. telah membekalkan pelbagai latihan, program pendidikan, kaunseling dan pendidikan sosial bagi meningkatkan kesedaran belia dan mencungkil bakat di kalangan mereka yang berupaya dan berminat.

Lazimnya, kemajuan sesuatu bangsa amat bergantung kepada kemajuan golongan belia.Melalui pelbagai saluran positif,Y.M.M.telah memikul tanggungjawab untuk melatih belia supaya dapat memupuk keyakinan diri dan membentuk sifat peribadi yang sempurna.Adalah menjadi kewajipan Y.M.M. untuk mendidik semula golongan belia supaya berfikiran lebih kritis serta bertindak secara lebih matang dari segi politik,ekonomi,budaya dan pendidikan.Y.M.M. berusaha gigih untuk menyemai nilai-nilai murni di kalangan belia supaya menjadi individu yang berdedikasi,rasional dan ikhlas.Y.M.M. sentiasa berharap agar semua ahli belia aktif menyertai kegiatan-kegiatan belia ,lantas menyumbangkan tenaga masing-masing dalam arus pembangunan negara.

Melalui perancangan organisasi dan kepimpinannya,Y.M.M. membimbing golongan belia dengan berteraskan nasionalisme, patrotisme, kegigihan dan kepimpinan bagi mencapai perubahan sosial dalam masyarakat kini. Justeru itu, menuju ke arah pembinaan sebuah masyarakat yang adil saksama,makmur,harmoni dan bahagia.

SEJARAH Y.M.M.

Pada tahun 1960,Sdr.Joseph Siow Loong Hin dengan bantuan daripada Perhimpunan Belia Sedunia dan Majlis Belia Malaysia telah berjaya menubuhkan "Young Malaysian Workers Movement " untuk mendidik dan menyatupadukan belia,seterusnya membangunkan negara kita.

Pada tahun 1972,nama "Young Malaysian Workers Movement" telah ditukar kepada "Young malaysians Movement".Pertukaran nama ini bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menceburkan diri dalam pergerakan belia pada masa yang sama dapat membezakan "Pergerakan Pekerja Belia"dengan "Persatuan Pekerja Belia"(Union)

Perubahan ini telah membawa Y.M.M. ke satu era baru dengan menyebarkan Falsafah Pekerja Belia secara lebih berkesan di seluruh negara.Pada mulanya Y.M.M. cuma mempunyai cawangan di Negeri Sembilan,Melaka dan Selangor disebabkan oleh masalah kewangan . Bagaimanapun,menjelangnya tahun 1979,Y.M.M. telah berkembang ke negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan ,Perak,Pulau Pinang dan Kelantan.

Di antara tahun 1979 dan 1980,cawangan Y.M.M. telah ditubuhkan di Kedah, Perlis,Johor,Terengganu dan Pahang.Pada tahun 1984,Y.M.M. berkembang ke Malaysia Timur dengan tertubuhnya cawangan Kota Kinabalu di Sabah.

Presiden-presiden Nasional Y.M.M. sejak tahun 1960 sehingga kini adalah seperti berikut:

1.Sdr. Siow Loong Hin PJK , JP     ( 1960-1972)

2.Sdr. Yeoh Yuen Chong                  ( 1972-1973)

3.Sdr. Lee Hong Chye                      ( 1973-1981)

4.Sdr. Koh Kim Swee PPN              ( 1981-1987)

5.Sdr. Thor Hong Tong                    ( 1987 -1997)

6.Sdr. Lim Joo Kiat                          ( 1997- )

Presiden Nasional pertama Pergerakan Pemuda Malaysia( Y.M.M.) ialah mendiang Sdr. Joseph Sioe Loong Hin . Beliau adalah pekerja belia generasi pertama di Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) selam 10 tahun (1955-1965) dan Naib Presiden Perhimpunan Belia sedunia ( World Assembly of Youth-WAY ) dari tahun 1957 hingga 1964.Di bawah pimpinan Sdr. Siow, Y.M.M. telah berkembang pesat sebagai pertubuhan belia Cina yang aktif . Beliau juga telah berjaya memantapkan perkembangan Y.M.M.

Apabila Sdr. Siow meninggal dunia pada tahun 1972,Sdr.Yeoh Yuen Chong telah menggantikan beliau sebagai Presiden Nasional Kedua Y.M.M. .Setahun kemudian,Sdr. Yeoh menyerahkan jawatan Presiden Nasional kepada Sdr.Lee HongChye.Y.M.M. terhutang budi kepada Sdr.Lee yang telah membawa kemajuan besar dari tahun 1973 hingga tahun 1981.

Pada bulan Jun 1981,Sdr. Lee bersara dan diganti oleh Sdr.Koh Kim Swee . pada masa itu,cawangan Y.M.M. ditubuhkan di banyak negeri dan Y.M.M. menjadi salah satu organisasi belia yang terbesar di Malaysia.

Pada tahun 1987,Sdr. Khor Hong Tong terpilih sebagai Presiden Nasional kelima.Pada masa itu purata umur Ahli jawatankuasa Pusat Y.M.M. adalah 32 tahun.Ini merupakan kombinasi termuda dalam sejarah YM.M. dan membuka era baru ke arah keahlian yang lebih gigih dan bersemangat.

Pada bualn Oktober 1989, Sdr.Thor Hong Tong sekali lagi terpilih sebagai Presiden Nasional .Barisan pimpinan baru ini telah membuat perancangan yang rapi untuk membentuk imej Y.M.M. yang baru dan membawa pembaharuan.

Sehinggalah pada tahun 1997 ,Sdr.Thor Hong Tong masih menerajui pucuk kepimpinan Y.M.M. dengan bantuan dari Sdr. Lim Joo Kiat yang terpilih sebagai Setiausaha Agung (1993-1997)

Pada Mesyuarat Agung Y.M.M. 1997, Sdr.Thor Hong Tong telah melepaskan jawatan sebagai Presiden Nasional Y.M.M. Walau bagaimanapun Sdr.Thor Hong Tong masih mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden dalam Majlis Belia Malaysia (Y.M.M.) Sdr. Lim Joo Kiat pula terpilih pada tahun 1997 dan menerajui pucuk pimpinan Y.M.M.

Kini,Y.M.M. merupakan satu pertubuhan peringkat nasional dengan keahliannya lebih daripada 100,000 orang,serta terdapat 861 cawangan daerah dan 12 cawangan negeri.

LOGO Y.M.M.

Tedapat satu roda besar di tengah-tengah logo Y.M.M. Roda ini mewakili Falsafah Y.M.M. bagi melatih belia supaya berdikari dan mempergiatkan pembangunan sosial.

Di tengah-tengah roda besar tertulis nama singkat bagi Young Malaysians Movement (Y.M.M.) dalam bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.Ini mencerminkan kuasa moral ahli-ahli Y.M.M. ke arah era baru masyarakat.

Latar belakang logo berwarna biru,sementara tulisannya berwarna putih.Warna biru menandakan penghormatan diri untuk memberi khidmat kerja , mengambil bahagian dan menyumbangkan tenaga secara aktif. Warna putih menandakan kesucian,kecerahan dan harapan belia.

OBJEKTIF Y.M.M.

1.Memberi pendidikan dan latihan kepada belia supaya lebih dinamik dan beraspirasi.

2.Mendorong dan memimpin belia supaya melibatkan diri dalam gerakan belia dan

perkhidmatan sosial demi pembangunan negara.

3.Mengambil berat dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh belia kini,mengambil

tindakan apabila perlu supaya kebajikan belia terjamin seterusnya melahirkan generasi

belia yang berkualiti dan berkaliber.

4.Mempelajari dan mengkaji teori pembangunan sosial agar menuju ke arah pertubuhan

sosial yang positif.

5.Memupuk perpaduan nasional bagi membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni.

6.Mengambil bahagian dalam intergrasi kebudayaan dan ekonomi,khasnya dalam

pergerakan belia antarabangsa demi mencapai cita-cita "AMAN ,MAJU DAN

MAKMUR.

7.Mempertahankan Perlembagaan Malaysia,Rukun Negara serta Deklarasi Hak-hak

Asasi Bangsa-bangsa Bersatu.

MOTO Y.M.M.

1.Citakan Y.M.M.

   Mempertahankan Kepentingan Organisasi

2.Berdisplin

    Membina Imej Y.M.M.

3.Mendidik Belia

   Berkhidmat Untuk Masyarakat

4.Berdikari

   Meningkatkan Kedudukan Belai

5.Mempertahankan Perlembagaan Negara

   Menjamin Kebebasan Hak Asasi

6.Menyatupadukan Belia

   Membina Masyarakat Adil Saksama

¡@

¡@